fbpx

Polis cekup 4 pengedar pil kuda di Kota Bharu, Tumpat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhamad Zaki (tengah) menunjukkan pil kuda yang dirampas dalam tiga serbuan di Kota Bharu dan Tumpat semalam. - Foto oleh ROHANA MOHD. NAWI

KOTA BHARU – Polis Kelantan menahan empat orang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kegiatan pengedaran dadah jenis pil kuda dalam tiga serbuan berasingan di daerah ini dan Tumpat semalam.

Suspek berusia 26 hingga 48 tahun itu ditahan selepas mereka dipercayai menyimpan dadah jenis pil kuda, heroin, epam yang dianggarkan bernilai RM11,550.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun berkata, dua suspek ditahan dalam serbuan pertama yang dijalankan kira-kira pukul 1 pagi di sebuah rumah di Wakaf Bharu, Tumpat.

Menurutnya, dalam serbuan itu, lelaki berusia 41 dan 48 tahun itu diberkas selepas polis menemui 1,020 pil kuda dan empat biji epam bernilai RM6,000 berada dalam milikan mereka.

“Sejam setengah kemudian, polis telah menjalankan serbuan di sebuah rumah di Kampung Jal Kechik, Tumpat dan menahan seorang lelaki berusia 46 tahun sebelum merampas 23 biji pil kuda bernilai RM730.

“Dalam serbuan ketiga di sebuah rumah di Kampung Sireh di sini, seorang lagi lelaki berusia 26 tahun ditahan selepas dipercayai mengedar 55 biji pil kuda yang dianggarkan bernilai RM550,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini.

Menurut Muhamad Zaki, pil kuda merupakan antara dadah yang popular di Kelantan berbanding dadah jenis heroin kerana penagih boleh membelinya pada harga RM10 sebiji.

Katanya, harga pil tersebut yang murah merupakan antara faktor yang menyebabkan permintaannya tinggi.

Tambahnya, keempat-empat lelaki disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI