fbpx

Pelajar perempuan patah pinggang terjatuh jejantas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa cedera parah akibat terjatuh dari jejantas sekolah di Kemaman hari ini.

KEMAMAN – Pelajar sebuah sekolah menengah di daerah ini gempar apabila salah seorang rakan mereka tiba-tiba terjatuh dari jejantas sekolah di sini hari ini.

Kejadian sekitar pukul 7.30 pagi itu menyebabkan pelajar perempuan tingkatan dua itu cedera parah dengan pinggangnya patah.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, sebelum kejadian, remaja perempuan berusia 14 tahun itu dikatakan baru selesai mengikuti sesi bacaan Yasin.

“Sewaktu kejadian, dia dikatakan sedang berjalan di jejantas yang menghubungkan dua blok bangunan sekolah terbabit di seberang jalan sebelum tiba-tiba terjatuh.

“Mangsa terjatuh pada ketinggian kira-kira 10 meter yang menyebabkan pinggangnya patah,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Hanyan berkata, mangsa segera dikejarkan ke Unit Kecemasan Hospital Kemaman di sini untuk menerima rawatan.

Tambah beliau, siasatan lanjut berhubung insiden tersebut akan dilakukan dan meminta orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI