fbpx

Lelaki maut disyaki terjun dari tingkat 14

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan mayat lelaki yang dipercayai terjun dari tingkat 14 sekitar Setapak. - Foto IHSAN POLIS

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki warga tempatan ditemui maut selepas disyaki terjun dari tingkat 14 di Blok 17 Setapak Indah Jaya, Setapak di sini pada awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah berkata, pihaknya telah menerima maklumat daripada seorang individu berhubung kejadian.

“Sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Wangsa Maju telah ke lokasi dan menemui mayat terbabit dalam keadaan terbaring serta lengkap berpakaian.

“Mayat lelaki tersebut telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan masih dalam siasatan pihak polis. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI