fbpx

Lelaki hilang ingatan selepas berintiman dengan isteri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Lelaki ini mengalami sindrom amnesia jangka pendek atau TGA yang berlaku selepas melakukan hubungan seksual dengan isteri. - iStock

DUBLIN, Ireland – Seorang lelaki berusia 65 tahun dikejarkan ke hospital apabila me­ngalami amnesia (hilang ingatan) jangka pendek selepas me­ngadakan hubungan kelamin dengan isterinya, lapor stesen penyiaran NDTV kelmarin.

Kes luar biasa itu disiarkan dalam penerbitan Medical Journal dengan pakar-pakar berkata, faktor jantina adalah pencetus kepada amnesia jangka pendek atau dikenali sebagai Transient Global Amnesia (TGA).

Klinik Mayo di Amerika Syarikat (AS) mentakrifkan TGA sebagai sindrom global bersifat sementara dan bukan berpunca daripada epilepsi atau strok.

Dalam kes lelaki Ireland itu, Medical Journal melaporkan bahawa dia hilang ingatan 10 minit selepas melakukan hubungan intim.

Keadaan jarang berlaku itu biasanya ‘menyerang’ individu berusia antara 50 hingga 70 tahun dan akan hilang begitu sahaja.

Sesetengah individu yang mengalami TGA mungkin tidak akan mengingati apa yang berlaku dalam masa setahun lalu. 

Pesakit biasanya mendapat semula ingatan mereka dalam masa beberapa jam.

Dalam kes tersebut, ingatan jangka panjang pesakit tidak terjejas apabila dia dapat memberikan nama, umur dan maklumat latar belakang asas lain.

Lelaki itu pernah mengalami TGA pada 2015 dan kejadian tersebut juga berlaku sejurus selepas melakukan hubungan seks.

Menyedari bahawa dia mungkin mengalami satu lagi episod TGA, lelaki itu membuat pemeriksaan di wad kecemasan sebuah hospital tempatan.

Dia disahkan sihat sepenuhnya selepas menjalani pemeriksaan saraf dan mendapat semula ingatannya dalam masa beberapa jam. – Agensi 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI