fbpx

Klopp cadang tempah hotel awal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LIVERPOOL merancang untuk menutup musim ini dengan trofi ketiga, namun ia tidak kesampaian apabila tewas 0-1 kepada Real. – AFP

PARIS – Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp percaya pasukannya akan bangkit lebih kuat dalam saingan Liga Juara-Juara musim depan dan mampu untuk meng­ulangi pencapaian mara ke perlawanan akhir sekali lagi.

Awal pagi semalam menyaksikan impian Liverpool untuk me­nyamai pencapaian 2019 menjulang trofi berprestij Eropah itu tidak kesampaian selepas tewas 0-1 kepada Real Madrid pada aksi final di Stade de France.

Bagaimanapun, pengendali dari Jerman itu mahu segera melupakan segala episod duka dan akan memulakan kerja untuk memperkuat pasukan untuk saingan akan datang.

“Tidaklah terlalu teruk apabila mampu layak ke final dan ia tetap menjadi kejayaan walaupun bukan ini yang kami mahukan. Saya cukup yakin yang kami akan kembali.

“Pemain begitu kompetitif, mereka adalah kumpulan yang cukup luar biasa dan mereka akan melakukannya lagi musim depan.

“Di mana (final) akan datang? Istanbul? Sila tempah hotel anda sekarang,” kata Klopp.

Jaringan tunggal Vinicius Junior sudah memadai untuk mengecewakan Liverpool buat kali kedua selepas gergasi Sepanyol itu turut memenangi perlawanan pada final 2018 dan kini muncul ‘raja’ Eropah apabila menjuarai pertandingan elit ini buat kali ke 14.

Kekalahan itu merencatkan penutup gemilang buat Liverpool dan terpaksa berpuas hati de­ngan hanya dua trofi, Piala FA dan Piala Liga Inggeris bagi sai­ngan musim ini.

Walaupun berpuas hati de­ngan permainan anak buahnya, Klopp masih merasakan belum sempurna terutamanya sering berdepan kesukaran ketika lawan melakukan hantaran jauh.

“Kami bermain baik, namun tidak begitu sempurna. Formasi, serangan balas pantas dan hantaran jauh mereka begitu mengelirukan dan itulah yang berlaku ketika gol pasukan lawan yang dibatalkan di babak pertama.

“Kami memiliki banyak percubaan, namun tidak begitu tepat dan hanya tiga kali yang memaksa Thibaut Courtois pamer aksi menyelamat luar biasa. Selepa ketinggalan, pemain sudah pun mencuba segala-galanya,” jelas­nya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI