fbpx

Courtois dedah punca pamer aksi luar biasa berdepan Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
COURTOIS diangkat sebagai pemain terbaik perlawanan selepas mempamerkan aksi cemerlang menafikan banyak percubaan berbahaya Liverpool. – AFP

PARIS – Penjaga gol Real Mad­rid, Thibaut Courtois mendedahkan bahawa rasa tidak dihormati ketika beraksi di England bersama Chelsea sebelum ini, membakar semangatnya untuk memberikan aksi terbaik ketika membantu pasukannya menewaskan Liverpool 1-0 pada aksi final Liga Juara-Juara (UCL) awal pagi semalam.

Pemain berusia 30 tahun itu berjaya menafikan sekurang-kurangnya sembilan percubaan terbaik Liverpool pada aksi tersebut sekali gus menjadi penjaga gol pertama melakukan penyelamatan terbanyak pada aksi final UCL sejak 2003.

Sebelum ini, sebuah majalah sukan yang berpangkalan di England telah mengelurkan nama Courtois daripada 10 senarai penjaga gol terbaik di dunia menyebabkan dia turun dengan penuh keyakinan untuk membuktikan bahawa majalah itu telah melakukan kesilapan.

Pemain antarabangsa Belgium itu meninggalkan Chelsea untuk menyertai Real kira-kira empat tahun lalu, namun proses perpindahan tersebut berlaku penuh kontroversi apabila Courtois tidak menyertai sesi pramusim The Blues menyebabkan dia menerima kecaman hebat.

“Majalah tersebut pada kelua­ran Mac lalu tidak meletakkan nama saya dalam senarai 10 penjaga gol terbaik dunia.

“Saya fikir itu satu penghinaan. Saya tidak kata mereka perlu meletakkan saya di kedudukan pertama. Alisson, Edouard Mendy, Jan Oblak dan Ederson, mereka adalah sangat hebat dan anda tidak perlu meletakkan saya sebagai No. 1.

“Tetapi, selepas saya melalui musim ini dan anda tidak memasukkan nama saya dalam kelompok 10 tersebut, ia suatu yang aneh. Kedua, saya melihat banyak perkara-perkara meremehkan dan menghina saya keluar di England.

“Saya fikir ia ada kaitan de­ngan kontroversi ketika saya meninggalkan Chelsea, tetapi mereka perlu tahu bahawa saya memenangi dua gelaran Liga Perdana Inggeris bersama Chelsea.

“Saya sedar bahawa saya perlu membantu pasukan meraih kemenangan untuk ka­rier saya, untuk segala kerja keras dan menjadikan lebih ramai orang menghormati saya kerana saya tidak fikir itu berlaku terutama di England,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI