fbpx

Aksesori mewah IU di Cannes tarik perhatian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
IU

SELAMA dua hari berturut-turut nama IU menjadi perbualan ramai sejak penampilan debutnya di Festival Filem Cannes yang berlangsung di Perancis, Jumaat minggu lalu.

IU hadir sempena tayangan filem terbaharu lakonannya berjudul Broker.

Penampilan penyanyi jelita itu menuai perhatian dek fesyen mewah yang digayakan memukau perhatian.

IU mengenakan sehelai gaun ‘tulle’ rona kelabu kehijauan dipadankan dengan seutas rantai dan anting-anting berlian.

Laporan mengatakan, penyanyi itu memakai rantai leher koleksi Joséphine Aigrette jenama House of Chaumet yang dianggarkan bernilai sekitar lebih RM390,000 dihiasi sebanyak 180 batu berlian kecil.

Aksesori tersebut dipadankan dengan sepasang subang berlian yang dianggarkan bernilai RM70,000.

Selain menjadi perhatian lensa kamera pada festival berkenaan, keputusan IU mengenakan barangan kemas jenama mewah Perancis tersebut ternyata langkah tepat.

Broker menyaksikan lakonan IU bersama Kang Dong-won dan Song Kang-ho dijangka menembusi pawagam Korea Selatan pada 8 Jun depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI