fbpx

3 kapal tangki pindah minyak secara haram disita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tiga kapal tangki asing ditahan selepas disyaki melakukan pemindahan minyak secara haram di perairan Tanjung Siang, Kota Tinggi, Johor semalam.

KOTA TINGGI – Tiga buah kapal tangki yang berdaftar di Singapura, Malabo dan Monrovia ditahan selepas disyaki melakukan pemindahan minyak secara haram di perairan Johor Timur semalam.

Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Negeri Johor, Laksamana Pertama Maritim Nurul Hizam Zakaria berkata, ketiga-tiga kapal tangki itu ditahan dalam satu operasi yang melibatkan aset Zon Maritim Tanjung Sedili, sebuah pesawat udara milik Maritim Malaysia dan tujuh anggota Pasukan Tindakan Khas Maritim Malaysia.

Katanya, kesemua kapal tangki tersebut telah ditahan di kedudukan 9.1 batu nautika timur Tanjung Siang, pada pukul 12 tengah hari sehingga 7 malam.

“Penahanan terpaksa dilakukan secara ‘force boarding’ oleh Pasukan Tindakan Khas Maritim Malaysia berikutan kedegilan kapal tangki terbabit memberikan kerjasama untuk diperiksa.

“Kapal tangki yang berdaftar di Singapura, Malabo dan Monrovia itu dikendalikan 39 kru terdiri daripada warga Indonesia, Singapura dan Rusia berumur di antara 24 hingga 62 tahun dan mempunyai pengenalan diri yang sah,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kes disiasat dibawah Seksyen 491B(1)(K) bagi kesalahan melakukan aktiviti kapal ke kapal (STS) tanpa kebenaran dan 491B(1)(L) bagi kesalahan bersauh tanpa kebenaran.

Tambahnya, nakhoda ketiga-tiga kapal turut disiasat dibawah Sekyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya sekali sekiranya bersalah. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI