fbpx

2 ahli sindiket pinjaman wang tidak berlesen ditahan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua suspek yang ditahan bersama barangan yang dirampas.

KUALA LUMPUR – Dua lelaki warga asing ditahan selepas disyaki terlibat dengan kegiatan pinjaman wang tidak berlesen di sekitar Jalan Medan Tuanku dan Jalan Munshi Abdullah di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Komersial Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Mohd. Mahidisham Ishak berkata, kedua-dua suspek berusia 28 dan 36 tahun.

“Kedua-dua suspek ini berperanan sebagai ejen yang akan menyimpan kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan membuat pengeluaran menggunakan kad ATM tersebut pada setiap bulan.

“Modus operandi sindiket ini dengan memaksa peminjam mencagar kad ATM kepada mereka sebelum membuat pengeluaran pada setiap bulan sehingga pinjaman selesai,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, tangkapan telah dilakukan di sebuah bank di Jalan Medan Tuanku dan sebuah kondominium di Jalan Munshi Abdullah.

“Polis turut merampas beberapa barangan yang digunakan sindiket ini antaranya melibatkan 40 keping kad bank, telefon bimbit(5), penyata bank(11), kad akses dan wang tunai sebanyak RM3,000.

“Kedua-dua suspek ditahan reman sehingga 2 Jun ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang 1951 kerana menjalankan aktiviti pemberi pinjaman tanpa lesen,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI