fbpx

Wanita tahan sakit sejam tersepit dalam kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba sedang menyelamatkan mangsa seorang wanita yang tersepit

JASIN – Seorang wanita terpaksa menahan sakit hampir sejam selepas tersepit di dalam keretanya yang terlibat dalam nahas membabitkan dua buah kenderaan di Merlimau, di sini, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.55 petang itu, mangsa berusia 26 tahun itu tersepit di dalam kereta jenis Perodua Kancil yang dipandunya sebelum berjaya dikeluarkan pasukan bomba.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Merlimau, Pegawai Bomba Kanan II Mohd. Sofian Hasan berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 6.01 petang.

Katanya, sepasukan tujuh anggota bersama-sama sebuah jentera kemudian dikejarkan ke lokasi dan tiba pada pukul 6.12 petang.

“Setiba di lokasi kita dapati seorang wanita tersepit di dalam kereta dipandunya selepas terlibat dalam nahas membabit sebuah lori satu tan.

“Pasukan mengambil masa sekitar 40 hingga 45 minit sebelum berjaya mengeluarkan dan diserahkan kepada pegawai perubatan untuk rawatan lanjut,”katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, mangsa dipercayai mengalami kecederaan di bahagian kaki akibat tersepit di pedal.

Jelasnya, operasi tamat sepenuhnya pada pukul 7.01 malam dan bergerak semula ke BBP selepas situasi terkawal dan selamat. -KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI