fbpx

Wanita bakar rumah rakan selepas gagal kesan kekasih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Parichat (baju merah) bersama dua anaknya bernasib baik kerana sempat menyelamatkan diri apabila rumah mereka dibakar oleh suspek. - Pattaya News

BANGKOK – Seorang wanita di daerah Bang Lamung, Thailand didakwa membakar rumah kawan kekasihnya kerana berang tidak diberitahu lokasi keberadaan lelaki tersebut, lapor laman berita Thaiger semalam.

Pemilik rumah, Parichat Yongpanya, 33, memberitahu bahawa dia dan dua anak perempuannya sedang tidur di dalam rumah apabila wanita itu masuk dengan membawa sebotol petrol sambil cuba menghubungi teman lelakinya.

Suspek kemudian melarikan diri dari rumah sementara Parichat dan anak perempuannya bernasib baik kerana sempat menyelamatkan diri  tanpa sebarang kecederaan.

Parichat yang juga rakan kekasih wanita itu berkata,  lelaki itu biasanya mengunjungi rumahnya namun tidak datang pada hari kejadian.

Perkara itu mungkin mengecewakan suspek hingga terdesak membakar rumah Parichat.

Polis sedang menyiasat kejadian itu dan merancang untuk menahan suspek dalam masa terdekat bagi memfailkan pertuduhan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI