fbpx

UPSI raih 8 emas, 8 perak di ITEX 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nurul ‘Ain (kanan) bersama Fauziah berjaya meraih pingat emas menerusi projek bertajuk Well-Manage System Internship Counselling Management System. - Foto ihsan UPSI

PETALING JAYA – Universiti Pendidikan Sultan idris (UPSI) berjaya meraih lapan pingat emas dan lapan pingat perak menerusi Pertandingan Inovasi International Invention, Innovation and Technology Exhibition (ITEX 2022) yang berlangsung pada 26 hingga 27 Mei lalu di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. Md. Amin Md. Taff berkata, kejayaan itu merupakan satu kebanggaan atas kemenangan yang dicapai oleh penyelidik-penyelidik UPSI dan juga sebagai hadiah sempena sambutan 100 tahun UPSI bermula era Sultan Idris Training College (SITC).

“Penyelidik-penyelidik UPSI memiliki daya kreativiti untuk berkarya dalam lapangan penyelidikan khususnya bidang pendidikan yang bermanfaat untuk masyarakat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof. Dr. Suriani Abu Bakar berkata, kejayaan lapan pingat emas itu diperolehi menerusi Prof. Madya Dr. Ahmad Zulfiqar Shah Abdul Hadi dari Fakulti Sains Kemanusiaan (FSK).

Turut menyumbang kejayaan ialah Dr. Shazlyn Milleana Shaharudin dari Fakulti Sains dan Matematik (FSM), Prof. Madya Dr. Lee Tien Tien (FSM), Dr. Adibah Abu Bakar (FSM), Prof. Madya Dr. Nurul ‘Ain Mohd. Daud dari Fakulti Pembangunan Manusia (FPM), Dr. Nurul Hasyimah Mat Rani (FPM), Dr. Syamsinar Abdul Jabar (FPM) serta Dr. Mohd. Ikhwan Hadi Yaacob dari Jabatan Hal Ehwal Pelajar.

Selain itu, lapan pingat perak lagi disumbangkan oleh Dr. Azniah Ismail dari Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif (FSKIK), Prof. Madya Dr. Ashardi Abas (FSKIK) Dr. Hamidah Idris (FSM), Dr. Rozita Yahaya (FSM), Dr. Zamzana Zamzamir (FSM), Dr. Fara Dayana Mohd Jufry (Fakulti Muzik dan Seni Persembahan) Dr. Siti Musliha Mat Rasid (Fakulti Sains Sukan dan Kejurulatihan) serta Dr.Mohamad Amiruddin Ismail dari Fakulti Teknikal dan Vokasional ( FTV).

Tambah Md. Amin, kejayaan UPSI kali ini juga diyakini akan memberi inspirasi kepada penyelidik-penyelidik lain untuk lebih kreatif dan inovatif melakukan penyelidikan yang menarik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI