fbpx

Thailand rancang pinjam RM2.5 bilion tambah subsidi harga minyak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kenaikan harga minyak di Thailand semakin menjejaskan kemampuan rakyat untuk membelinya. - Bangkok Post

BANGKOK – Pejabat Dana Bahan Api Thailand merancang meminjam 20 bilion baht (RM2.5 bilion) untuk menambah subsidi harga minyak negara, lapor laman berita Thaiger kelmarin.

Pelan itu susulan laporan mengenai penduduk dan jabatan berbeza semakin terjejas dengan kenaikan harga minyak global.

Pejabat itu sedang mencari pinjaman daripada Bank Simpanan Kerajaan dan Bank Krungthai dengan butirannya dijangka dijelaskan akhir bulan ini.

Ketua Pengarah Pejabat Dana Bahan Api, Wisak Wattanasup berkata, pihaknya sedang berunding dengan kedua-dua organi­sasi tersebut bagi mendapatkan pinjaman bernilai RM2.5 bilion.

Wisak menyatakan bahawa dana itu mempunyai pelan sandaran sekiranya dua institusi kewangan tersebut tidak dapat memberikan pinjaman.

Namun begitu, beliau yakin bahawa dana itu akan dapat menyelesaikan pinjaman sebelum akhir bulan ini.

Ketua Jabatan Dasar dan Strategi, Pejabat Dana Bahan Api, Ponchai Jirakunpisarn menegaskan bahawa pihaknya  meminjam wang hanya mengikut keperluan dan mempertimbangkan jumlah pinjaman mengikut kemampuan untuk melaksanakan pinjaman secara praktikal.

Ponchai menjelaskan, Dana Bahan Api sudah mempunyai baki belanjawan kira-kira 13 bilion baht (RM1.6 bilion) dan mereka tidak merancang untuk menggunakan kesemua wang pinjaman serta-merta selepas mendapatkannya.

Pelan pinjaman tersebut dibuat sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya pejabat itu kehabisan bajet belanjawannya.

Kerajaan Thailand telah mensubsidi harga runcit diesel sehingga 10 baht seliter (RM1.28).

Ponchai menambah, pengurangan cukai eksais diesel pada 5 baht seliter (64 sen) yang diumumkan kerajaan juga mengurangkan beban subsidi dan bajet dana. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI