fbpx

Shakira tak sabar bergelar juruterbang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SELAIN meminati dunia penerbangan, Shakira turut jatuh cinta dalam bidang pembuatan kek dan pastri.

IMPIAN gadis Pesona Ahad pada minggu ini, Hanis Shakira Mohd. Bashir untuk bergelar seorang juruterbang bakal menjadi realiti tidak lama lagi.

Gadis berusia 24 tahun itu kini menuntut di tahun akhir di Pusat Latihan Penerbangan HM Aerospace, Langkawi bagi melengkapkan 200 jam penerba­ngan sebelum menjadi seorang juruterbang.

Biarpun bertubuh kecil molek, gadis yang mesra disapa Shakira, seorang yang lincah dan tidak gementar mengendalikan pesawat membelah awan biru.

Kepada wartawan Kosmo! Ahad, Shakira berkongsi mengenai dirinya termasuk minat dan hala tuju kariernya selepas ini.

Kosmo! Ahad: Boleh ceritakan tentang latar belakang Shakira?
Saya merupakan penuntut tahun akhir di HM Aerospace. Saya baru sahaja mendapat lesen memandu pesawat selepas lulus 15 ujian di akademi tersebut. Sudah tentu berasa teruja mahu menjadi juruterbang. Saya menyertai pusat latihan itu selepas melihat iklan tentang pengambilan pelajar untuk kemasukan program kadet syarikat penerbangan Malaysia.

Perasaan anda kali pertama kali mengendali pesawat?
Saya tidak berasa gayat walaupun kali pertama mengendalikan pesawat, cuma rasa sedikit gementar ketika mahu membuat pendaratan.

Pengalaman tidak boleh dilupakan sepanjang memandu pesawat?
Waktu sukar sepanjang empat tahun belajar adalah untuk me­rancang perjalanan keseluruhan penerbangan termasuk memastikan pemanduan selamat dan lancar. Setiap juruterbang perlu melengkapkan jadual perancangan penerbangan termasuk susunan graf, carta dan peta penerbangan.

SHAKIRA perlu melengkapkan 200 jam penerbangan bagi mendapatkan lesen juruterbang.

Bagaimana Shakira menyesuaikan diri dengan pekerja lelaki?
Setakat ini, tiada diskriminasi jantina di pusat latihan penerbangan yang saya sertai, malah kapten dan rakan-rakan banyak memberi tunjur ajar dan sokongan serta mengambil berat terhadap saya.

Siapa Shakira jika bukan juruterbang?
Selepas selesai pengajian di peringkat A-Level, saya mendapat tawaran dari salah sebuah universiti di United Kingdom dalam bidang Sains Aktuari dan Statistik. Jika tidak, mungkin saya sedang bekerja di bidang berkaitan.

Perancangan Shakira sebaik tamat belajar?
Saya perlu melengkapkan 200 jam penerbangan pada Julai ini bagi mendapatkan lesen penerbangan daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM). Buat masa ini, saya sudah melengkapkan 140 jam pe­nerbangan.

Ciri-ciri jejaka pilihan?
Selain penyayang, saya juga meminati lelaki yang memahami kerjaya sebagai juruterbang kerana waktu bekerja yang tidak fleksibel. Ada masa orang lain bercuti, tetapi saya pula sebaliknya apabila harus menunaikan tanggungjawab di awan biru.

Apa yang orang tidak tahu tentang Shakira?
Saya suka membuat kek dan pastri pada masa lapang. Selain itu, apabila melakukan sesuatu perkara, saya akan memastikan untuk menghasilkan yang berkualiti. Misalnya apabila ‘terbang’ saya akan perbaiki cara pemanduan dengan sebaik mungkin. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI