fbpx

Rafidah Ibrahim alami pendarahan, positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KEADAAN bayi dalam kandungan Rafidah baik tetapi dia sentiasa bersedia andainya pendarahan dialaminya memerlukan dia segera ke hospital.

PETALING JAYA – Selepas hampir setahun mendirikan rumah tangga, pelakon dan usahawan, Rafidah Ibrahim berkongsi berita gembira apabila kini sedang hamil tiga bulan anak pertamanya.

Sungguhpun begitu, Rafidah, 36, turut berkongsi berita mendukacitakan apabila dia mendedahkan turut mengalami pendarahan dan dijangkiti virus Covid-19.

“Rabu lepas, saya hubungi pihak hospital unit wanita dan kanak-kanak untuk bertanya. Saya sedang hamil tiga bulan dan berlaku sedikit pendarahan.

“Pada masa yang sama saya juga positif Covid-19 kerana suami baru pulang dari umrah dan didapati positif wabak tersebut,” kongsinya menerusi Instagram.

Bimbang dengan keadaan bayi di dalam kandungannya, Rafidah menjalani pemeriksaan di hospital dan bersyukur apabila doktor mengesahkan bayinya berada dalam keadaan yang baik.

“Alhamdulillah pihak hospital menerima kehadiran saya untuk pemeriksaan. Pemeriksaan jantung dan darah saya dalam keadaan normal serta tidak kritikal.

“Paling saya risaukan adalah keadaan baby. Alhamdulillah, denyut nadi baby masih ada dan itu merupakan satu berita gembira buat saya berbanding berbanding kandungan lepas (tiada denyutan),” tulis Rafidah.

Menurut penyanyi lagu Apo Kono Eh Jang itu, dia kini berada dalam keadaan sentiasa bersedia untuk ke hospital andai pendarahan yang dialaminya semakin membimbangkan.

“Semuanya okey cuma kerana yang lepas (kehamilan) saya ada rekod keguguran, doktor kata peluang ini 50-50 bergantung kepada keadaan baby.

“Jika pendarahan semakin banyak, terus datang ke hospital. Semoga segala perancangan dan yang terbaik itu sentiasa dari Allah,” tulis Rafidah lagi yang baru muncul dengan single terbaharu berjudul Anumerta Ya Rasulullah.

Terdahulu, pelakon filem Adik Manja Returns itu pernah mengalami keguguran kehamilan sulungnya pada November tahun lalu.

Rafidah mendirikan rumah tangga dengan bekas pengurusnya Shahzemir Shahzulkarib, 37, pada 5 Mei tahun lalu di Masjid Jamek Kampung Baru, Kuala Lumpur selepas berkenalan hampir 10 tahun. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI