fbpx

Perumahan M333 St Kilda dilancar hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
LAKARAN artis projek kediaman M333 St Kilda di Melbourne, Australia bernilai RM230 juta yang akan dilancarkan hari ini.

PETALING JAYA – Pemaju hartanah, Matrix Concepts bakal melancarkan projek kediaman terbaharunya di Melbourne, Australia iaitu M333 St Kilda dengan nilai pembangunan kasar AU$75 juta (RM230 juta) hari ini.

Majlis pratonton jualan eks­klusif projek tersebut diadakan buat pertama kalinya di negara ini bertempat di Brick Studio by Metal Bees, Sunway Damansara dari pukul 12 tengah hari hingga 5 petang ini.

Matrix Concepts dalam sia­ran akhbar yang dikeluarkan semalam berkata, M333 St Kilda merupakan blok apartmen butik bertingkat rendah yang terletak di tengah-tengah St Kilda, iaitu di kawasan pinggir teluk yang terkenal dengan keindahan pantai dan gaya hidup Bohemian.

“Ia terletak secara strategik di sudut Jalan St Kilda dan Jalan Blanche di atas tanah berstatus pegangan bebas seluas 0.63 ekar (2,543 meter persegi).

“Perjalanan ke pantai dengan berjalan kaki hanya mengambil masa 15 minit dan terdapat perhentian trem betul-betul di hadapan blok apartmen.

“Kediaman lapan tingkat yang terdiri daripada 74 unit itu ditawarkan dalam empat jenis va­rian dengan luas binaan daripada 63.6 meter persegi hingga 195.7 meter persegi, pada harga bermula AU$569,000 (RM1.78 juta),” katanya.

M333 St Kilda ialah projek ketiga Matrix Concepts di Melbourne berikutan kejayaan projek M. Carnegie pada 2016 dan M. Greenvale pada 2019.

Ia dijangka siap dibina pada suku keempat 2024. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI