fbpx

Manchester United tidak mahu menunggu lama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DE JONG dilaporkan masih belum membuat keputusan sama ada menerima atau menolak tawaran United berikutan kegagalan kelab itu beraksi di pentas Liga Juara-Juara. – AFP

MANCHESTER – Manchester United memberikan kata dua kepada ejen pemain tengah Barcelona, Frenkie De Jong untuk mendapatkan kepastian sama ada pemain itu benar-benar berminat untuk menyertai skuad kendalian Erik Ten Hag atau sebaliknya.

United merancang untuk menjadikan De Jong sebagai pemain pertama yang bakal ditandata­ngani mereka selepas pasukan itu kini diambil alih oleh Ten Hag.

De Jong sebelum ini pernah beraksi di bawah kendalian Ten Hag ketika di Ajax Amsterdam pada musim 2016 hingga 2019 dilaporkan sedia dilepaskan oleh Barcelona dengan harga £65 juta (RM358.66 juta) sekiranya mereka berjaya mendapatkan pemain yang sama tahap kualitinya.

Barcelona yang kini sedang dalam proses merenovasi stadium mereka, Camp Nou yang bernilai £1.3 bilion (RM1.17 bilion) menyebabkan presiden mereka, Joan Laporte bersedia untuk melepaskan beberapa pemainnya.

United dilaporkan antara destinasi baharu pilihan buat De Jong ekoran kemampuan kewangan kelab itu untuk mendapatkannya, namun mereka tidak mahu menunggu terlalu lama untuk mendapatkan jawapan daripada pemain berkenaan.

Dilaporkan, De Jong terpaksa berfikir panjang untuk menerima tawaran United adalah ekoran kegagalan pasukan itu layak ber­aksi dalam saingan Liga Juara-Juara.

Dia juga dikatakan masih berharap mampu untuk kekal dan bersaing untuk mendapatkan tempat dalam kesebelasan skuad kendalian Xavi selain jurulatih berkenaan juga mengakui, De Jong masih lagi sebahagian daripada perancangannya.

Bagaimanapun, gergasi Sepanyol itu dipercayai terpaksa melepaskan De Jong sekiranya berjaya mendapatkan khidmat penggempur Bayern Munich, Robert Lewandowski ataupun perancang Manchester City, Bernardo Silva. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI