fbpx

KPDNHEP kompaun 1,034 peniaga ayam, telur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rosol (dua dari kanan) bersama pengurusan kanan KPDNHEP Terengganu pada majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengeluarkan 1,034 notis kesalahan terhadap peniaga ayam dan telur ayam sepanjang pelaksanaan Penentuan Harga Maksimum (PHM) mulai 5 Februari lalu.

Timbalan Menteri KPDNHEP, Datuk Rosol Wahid berkata, nilai keseluruhan kompaun terhadap pemborong dan peniaga itu berjumlah RM256,000 selain sitaan barangan bernilai RM133,000.

“Sebanyak 882 kes melibatkan kegagalan peniaga mempamerkan tanda harga khas, menjual melebihi harga maksimum (111 kes) dan tiada tanda harga (41) kes.

“Sepanjang tempoh tersebut, pasukan penguat kuasa kementerian menjalankan pemeriksaan di 66,375 premis termasuk 65,245 di peringkat runcit, pemborong (1,117) dan peringkat pengeluar (13),” katanya ketika ditemui pada majlis sambutan Aidilfitri KPDNHEP Terengganu di sini hari ini.

Dalam pada itu, Rosol turut mengingatkan pemborong dan peniaga agar tidak mengambil kesempatan menaikkan harga jualan melebihi maksimum ditetapkan dalam tempoh minggu-minggu terakhir PHM ini.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI