fbpx

Kertas siasatan kes kebun ganja dalam proses dilengkapkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob Khan

KUALA LUMPUR – Polis sedang melengkapkan kertas siasatan berhubung kes seorang bekas diplomat bersama anak lelakinya yang ditahan berikutan penemuan kira-kira 100 pokok ganja yang ditanam sekitar rumahnya dekat Janda Baik, Pahang.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kertas siasatan akan diserahkan kepada Pejabat Peguam Negara dalam masa terdekat sebaik ia lengkap.

“Seorang bekas diplomat berusia 78 tahun itu telah dibebaskan dengan jaminan polis setelah tempoh remannya tamat semalam, manakala anaknya masih ditahan reman sehingga esok,” ujarnya pada sidang akhbar di Menara 1, Bukit Aman dekat sini hari ini.

Terdahulu, pada Selasa lalu, seorang bekas diplomat berstatus Datuk diberkas polis selepas disyaki menanam dan memiliki ladang pokok ganja kira-kira 100 batang.

Ketua Polis Pahang, Datuk Ramli Mohamed Yoosuf berkata, serbuan telah dijalankan pasukan dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bentong kira-kira pukul 6.10 petang di kediaman suspek pada 21 Mei lalu.

Menurutnya, hasil pemeriksaan di kawasan belakang garaj rumah tersebut, pihak polis menjumpai lima batas tanah yang ditanam tumbuhan disyaki pokok ganja.

Jumlah keseluruhan rampasan disyaki pokok ganja adalah sebanyak 102 pokok dan nilai anggaran bagi setiap satu pokok adalah RM600 dengan nilai keseluruhan RM61,200.

Susulan penahanan suspek itu, seorang lelaki berumur 53 tahun yang juga anak suspek ditahan di Shah Alam kira-kira pukul 5.30 petang pada Isnin untuk membantu siasatan dibawah Seksyen 39B dan Seksyen 6B akta sama. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI