PETALING JAYA – Seorang lelaki terkedu dan tidak dapat menggambarkan perasaannya apabila melihat keadaan sebuah rumah di sini yang dipenuhi dengan timbunan barang termasuk sampah sarap.
Menerusi satu klip video yang dimuat naik di laman sosial milik ferozremiy87 memaparkan keadaan rumah terbabit seakan-akan ditenggelami pelbagai barangan terpakai sehingga membanjiri kawasan parkir.
Menurutnya, dia menjumpai rumah tersebut oleh kerana menerima aduan daripada jiran-jiran berdekatan bahawa terdapat peningkatan jumlah nyamuk dan tikus di kawasan berkenaan.
Susulan daripada itu, rata-rata orang ramai menasihatkan agar penghuni rumah tersebut mendapatkan rawatan bersama pakar psikologi berhubung masalah ‘hoarding disorder’ (masalah pengumpul) yang dialami olehnya.
“Pengumpul ni. Selalunya orang yang sunyi suka buat macam ni. Lebih-lebih lagi orang tua sebagai kegiatan harian mereka di masa lapang,” kata njw.
“Mereka yang mempunyai masalah ini kebiasaanya fikir sesuatu barang itu nanti ada kegunaannya dan tidak perlu dibuang. Namun, perlu bawa mereka berjumpa psikologi jika tidak mahu melarat,” ujar Khairul. – KOSMO! ONLINE.