fbpx

Iran balas dendam, rampas dua kapal tangki Greece

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN tentera Iran menuduh kapal tangki yang tidak dinamakan itu melakukan pelanggaran yang tidak dijelaskan. – zomaloma

TEHERAN – Dua kapal tangki minyak Greece dilaporkan dirampas oleh pasukan Pengawal Revolusi Iran dalam insiden di Teluk Parsi kelmarin, lapor laman berita Wion News.

Rampasan tersebut berlaku selepas Greece menawan sebuah kapal tangki minyak Iran atas permintaan Amerika Syarikat (AS) kerana didakwa melanggar sekatan antarabangsa di Laut Mediterranean baru-baru ini.

Situasi dilaporkan semakin tegang antara Iran dan Barat susulan kebuntuan rundingan perjanjian nuklear Teheran.

Pasukan tentera Iran mengeluarkan kenyataan di laman webnya menuduh kapal tangki yang tidak dinamakan itu melakukan pelanggaran yang tidak dijelaskan.

Menyentuh isu tersebut, Kementerian Luar Greece telah mengemukakan bantahan keras kepada Duta Iran di Athens.

“Tindakan Iran menyamai perbuatan merompak,” demikian kenyatan kementerian tersebut.

Kementerian sama menyeru supaya dua kapal tangki itu dan semua krunya segera dibebaskan. Menurutnya, tindakan tersebut mempunyai kesan negatif terutamanya dalam hubungan dua hala. Rampasan itu juga akan merenggangkan hubungan Iran dengan Kesatuan Eropah (EU) kerana Greece adalah anggota blok berkenaan.

Dalam insiden itu, sebuah helikopter Iran mendarat di atas kapal tangki Delta Poseidon yang mengibarkan bendera Greece dan berada di perairan antarabangsa sekitar 22 batu nautika (41 kilometer) di luar pantai Iran, demikian menurut kenyataan Kementerian Luar Greece.

“Kumpulan lelaki bersenjata kemudian menawan anak kapal itu,” katanya. Anak-anak kapal itu termasuk dua warga Greece.

“Insiden serupa dilaporkan di sebuah lagi kapal yang mengibarkan bendera Greece dan  membawa tujuh warga Greece dekat pantai Iran,” jelas kementerian sama. 

Kapal kedua dikenal pasti sebagai Prudent Warrior, demikian menurut seorang pegawai Greece. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI