fbpx

Faizal sempat 3 bulan jaga Yasin sewaktu bipolar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FAIZAL mendedahkan Yasin sentiasa berubah-ubah personaliti disebabkan penyakit bipolar yang dialaminya.

BUKAN berniat untuk menegakkan benang yang basah dan jauh sekali mencabar keabsahan undang-undang negara tetapi penyanyi dan komposer, Faizal Tahir hanya meluahkan rasa ralat dalam hati tidak dapat bertemu dengan rakan baiknya, Yasin Sulaiman beberapa hari sebelum dia ditahan pihak berkuasa atas tuduhan mengedar dadah jenis ganja.

Berkali-kali, Faizal atau nama sebenarnya Ahmad Faizal Mohammad Tahir menegaskan bahawa lelaki itu merupakan antara sebab mengapa kehidupannya kini berubah menjadi lebih baik. Kata Faizal, 44, Yasin merupakan antara manusia paling baik dikenalinya sepanjang hidup.

‘Yasin yang cintakan ilmu’

“Dia (Yasin) sangat pemurah dengan pemberian. Saya bawa sesiapa jumpa dia waima pertama kali bertemu, bila balik mereka pasti akan kata ‘baiknya Yasin, tak sangka dia sebaik itu’.

“Hati Yasin bersih, dia tak pernah buruk sangka kepada orang. Masya-Allah, dia antara orang yang paling baik suka menolong orang dalam kesusahan yang saya diberi rezeki dan kesempatan untuk kenali.

“Saya masih ingat, kalau lepak rumah dia, kalau tak main permainan video (game), dia akan buka YouTube, dia akan kongsi dengan saya konten-konten yang bermanfaat. Yasin orangnya sangat cintakan ilmu dan pada masa sama, dia suka turunkan ilmu yang bermanfaat kepada orang lain. Itu saya boleh cakap,” katanya kepada Pose.

Jaga Yasin sewaktu bipolar

Lebih kurang lapan tahun menjalin persahabatan, Faizal mendedahkan, saat Yasin dirundung penyakit bipolar sekitar 2013 atau 2014, dia adalah individu yang menjaga kebajikan penyanyi nasyid tersebut kerana mereka tinggal berjiranan iaitu di blok apartmen yang sama.

“Saya pernah jaga dia waktu itu, seingat saya 2013 ke 2014. Dia melalui episod bipolar dan tanpa segan silu memang dia berkongsi masalah tersebut sebab saya orang paling dekat dengan dia. Saya tinggal satu tingkat atas sahaja.

“Satu pengalaman berharga dapat jaga Yasin. Saya jaga dia taklah macam dia budak kecil tapi saya sayangkan dia. Personalitinya akan sentiasa berubah-ubah. Saya memang kena banyak bersabar, tiba-tiba kena marah apa semua. Sedang ‘mood’ elok tiba-tiba, semuanya berubah,” ceritanya.

Dua tiga bulan menjaga Yasin, Faizal memaklumkan, kadang-kadang dia menyedari Yasin memuat naik status yang ‘pelik’ dalam sosial media, dia tahu ada sesuatu yang tidak kena.

“Saya akan turun (ke rumahnya), saya cakap cakap tutup telefon, jangan guna telefon apa semua. Tengok makan pakai minum dia juga apa semua termasuklah mengingatkan dia supaya makan ubat.

“Cuma, kadang-kadang dia lupa nak makan ubat atau tak nak makan ubat. Orang yang mengidap bipolar, mereka takkan mengaku ada bipolar. Dia akan nak sentiasa ingat dia okey. Bila kita suruh makan ubat, dia akan merentan mempersoalkan kerana kena makan ubat sedangkan, dia okey sahaja,” katanya.

Ralat tak sempat jumpa

Tambah pelantun lagu Gemuruh itu lagi, dia berasa sedikit ralat atau terkilan tidak berpeluang untuk bertemu dengan Yasin beberapa hari sebelum dia ditahan seperti dirancang.

“Kali terakhir saya jumpa Yasin sekitar lebih setahun lalu. Saya rasa terkilan sebab beberapa hari sebelum itu saya bercadang nak berjumpa, dia ditahan dan saya sangat terkejut.

“Lama sangat tak tanya khabar disebabkan sibuk dengan urusan kerja dan keluarga. Sebab itu saya rasa bersalah sangat bila dapat tahu dia kena tahan. Saya rasa kalau saya ada menjenguk dia, mungkin apa terjadi takkan terjadi.

“Bekas isteri dia pernah cakap yang saya ini antara yang Yasin sangat berterima kasih sebab masa waktu dia diuji dengan bipolar, sayalah kawan yang ada

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI