fbpx

Djokovic mudah tundukkan Bedene

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DJOKOVIC menempah pertemuan menentang Schwartzman pada pusingan keempat selepas menundukkan Bedene. – AFP

PARIS – Pemain No. 1 dunia, Novak Djokovic menepati ramalan untuk mara ke pusi­ngan keempat Terbuka Pe­rancis dalam usaha menjuarai trofi Grand Slam ke-21 selepas menewaskan wakil dari Slovenia, Aljaz Bedene awal pagi semalam.

Pada perlawanan di Roland Garros itu, Djokovic tidak mempunyai masalah untuk melakar kemenangan straight-set 6-3, 6-3, 6-2 sekali gus menempah pertemuan dengan jaguh Argentina, Diego Schwartzman pada saingan malam esok.

Kata Djokovic, ujian sebenarnya akan dilalui pada perlawanan seterusnya selain percaya Schwartzman memiliki kualiti untuk mencipta kejutan dalam usaha meloloskan diri ke peringkat suku akhir.

“Schwartzman adalah salah seorang pemain terpantas dalam siri Jelajah ATP dan tidak keterlaluan untuk saya katakan dia memiliki kepakaran selain beraksi dengan lebih baik di gelanggang tanah liat.

“Justeru, saya perlu bersedia mental dan fizikal jika berhasrat untuk mara ke pusingan suku akhir nanti. Secara jujur, saya kini berada pada tahap terbaik selepas kurang beraksi pada saingan awal musim ini,” katanya.

Sementara itu, pemain muda Sepanyol, Carlos Alcaraz mengakui puas dapat mara ke pusingan keempat selepas me­lakar kemenangan straight-set ke atas wakil Amerika Syarikat (AS), Sebastian Korda dengan keputusan 6-4, 6-4, 6-2.

“Saya cukup teruja untuk bersaing di Roland Garros kali ini kerana sokongan yang diberikan oleh penyokong tuan rumah sangat luar biasa. Apa yang pasti, saya mahu kekalkan momentum dan terus beraksi dengan agresif untuk mara sejauh mungkin,” katanya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI