fbpx

9 rumah sewa musnah kebakaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba memadam kebakaran di deretan rumah di Kampung Jenderam Hilir, Dengkil semalam. - FOTO IHSAN BOMBA

DENGKIL – Deretan teres rumah sewa satu tingkat dihuni seramai 25 orang, musnah dalam kejadian kebakaran di Kampung Jenderam Hilir di sini semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihak bomba menerima panggilan pada pukul 9.52 malam, seterusnya tiba di lokasi pukul 10 malam.

Menurutnya, kebakaran itu melibatkan sembilan pintu rumah sewa bagi setiap rumah iaitu jenis teres satu tingkat kelas A.

“Susulan itu, kerja-kerja pemadaman dilakukan oleh pihak bomba dengan anggaran kemusnahan secara keseluruhan 90 peratus.

“Dalam masa sama, kebakaran juga tidak melibatkan mangsa,” katanya di sini hari ini.

Norazam berkata, kebakaran berjaya dikawal pada pukul 10.18 malam dan dipadamkan pada pukul 11 malam dengan kerja-kerja ‘overhaul’ dilakukan pihak bomba. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI