fbpx

Senjata api punca kematian utama kanak-kanak AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DATUK Bandar New York, Eric Adams bercakap tentang senjata api yang dirampas di sekolah-sekolah awam di Bandar Raya New York pada 25 Mei lalu. - AFP

WASHINGTON – Senjata api mengatasi nahas kenderaan sebagai punca utama kematian golongan muda dengan data rasmi menunjukkan terdapat peningkatan dalam kes bunuh berkaitan senjata api seperti kematian 19 kanak-kanak dalam amukan sekolah di Texas minggu ini.

Secara keseluruhan, seramai 4,368 kanak-kanak dan remaja berusia sehingga 19 tahun meninggal dunia dalam tahun 2020 atau bersamaan kadar 5.4 dalam setiap 100,000 orang, demikian laporan oleh Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC).

Homisid atau pembunuhan merangkumi hampir dua pertiga kematian akibat senjata api.

Sebagai perbandingan, terdapat 4,036 kematian berkaitan kenderaan bermotor yang merupakan punca kematian utama kumpulan usia tersebut sebelum ini.

Jurang itu bagaimanapun semakin rapat selepas langkah-langkah keselamatan jalan raya ditambah baik sejak beberapa dekad lalu, namun kematian akibat senjata api terus meningkat.

Trend itu bertembung pada 2020 iaitu tahun terkini data berkenaan dikumpulkan. Penemuan itu diterbitkan dalam New England Journal of Medicine (NEJM) minggu lalu.

Pengarang-pengarang laporan itu mendapati data yang diperoleh adalah seiring dengan bukti lain yang menunjukkan bahawa keganasan senjata api melonjak semasa pandemik Covid-19. Walaupun punca peningkatan itu masih belum jelas tetapi mereka berkata, adalah silap untuk menganggap bahawa keganasan senjata api akan kembali kepada kadar sebelum pandemik kelak.

Menurut laporan itu, angka kematian akibat senjata api  lebih tinggi dalam kalangan kanak-kanak dan remaja kulit hitam. Mereka adalah empat kali ganda lebih cenderung untuk mati akibat senjata api berbanding kanak-kanak kulit putih.

Kumpulan yang kedua paling terjejas ialah etnik Indian Amerika diikuti masyarakat Hispanik.

Sementara itu, kebarangkalian lelaki menemui ajal akibat senjata api pula didapati enam kali ganda lebih tinggi  berbanding wanita.

Dari sudut lokasi pula, kadar kematian akibat senjata api adalah paling tinggi di ibu negara Amerika Syarikat, Washington diikuti negeri Louisiana dan Alaska di tempat ketiga. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI