fbpx

SAR ditamatkan, mayat tiga remaja Thailand lemas ditemui

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba membawa mayat Ku Nabila yang ditemui selepas hampir 11 jam lemas di Sungai Pasir Kelang, Kuala Krai hari ini. - FOTO: IHSAN POLIS

KUALA KRAI – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) tiga remaja bersaudara warga Thailand yang lemas di Sungai Pasir Kelang di sini semalam dihentikan petang tadi selepas mayat ketiga-tiga mereka sudah ditemui.

Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Superintendan Suzaimi Mohammad berkata, mayat dua beradik, Nik Nabila Tuan Tengah, 15, dan, Nik Adib Tuan Tengah, 12, ditemui kira-kira pukul 5.30 petang dan 9 malam semalam oleh penduduk kampung sebelum dihantar ke Hospital Machang untuk dibedah siasat.

Menurutnya, mayat sepupu mereka, Ku Nabila Ku Zaid, 15, pula dijumpai kira-kira pukul 6.15 petang tadi selepas 11 jam hilang di Kampung Pasir Era di sini.

“Mayat ketiga ditemui sejauh satu kilometer dari lokasi tiga remaja itu lemas semasa mereka mandi selepas memancing di sungai berkenaan.

“Siasatan mendapati, ketiga-tiga remaja itu mandi di sungai yang terletak di belakang rumah mereka iaitu 500 meter dari Pengkalan Feri Kelang Lama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut Suzaimi, ketiga-tiga mangsa dipercayai tiba-tiba dibawa arus deras sebelum mereka lemas dan gagal ditemui.

Katanya, sehubungan itu, SAR telah ditamatkan kira-kira pukul 7 malam tadi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI