fbpx

Polis kesan pemilik akaun TikTok, rakam anggota bertugas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang ditularkan di media sosial.

PETALING JAYA – Polis sedang mengesan seorang pemilik akaun TikTok dan individu yang menularkan rakaman video anggotanya bertugas melakukan pemeriksaan ke atas sebuah kenderaan e-hailing di Jalan Mayang Mas, pada petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya terkesan satu hantaran tular di media sosial yang dimuat naik seorang pemilik akaun dengan dakwaan negatif terhadap anggota polis.

“Susulan itu, satu laporan polis telah dibuat bagi mengelakkan sebarang persepsi negatif dan fitnah orang ramai terhadap polis yang menjalankan tugas.

“Anggota polis itu tidak menyedari tindakannya menjalankan tugas memeriksa sebuah kereta e-hailing jenis Proton Saga telah dirakam wanita warga asing terbabit,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelas Fakhrudin, susulan selesai menjalankan pemeriksaan, kereta tersebut dilepaskan kerana tidak mempunyai sebarang kesalahan sama ada lalu lintas, jenayah atau dadah.

“Kita sedang mengesan pemilik akaun media sosial tersebut dan individu yang terlibat dalam penularan rakaman video terbabit yang boleh menjejaskan imej polis.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia untuk tindakan selanjutnya,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI