fbpx

Mendalam sungguh Rumah Singgah Fabio Asher

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FABIO ASHER

RUMAH Singgah. Sepotong judul lagu yang pengisiannya amat membekas baik dari segi komposisi muzik dan nukilan lirik serta listrik vokalnya diterjemahkan seorang penyanyi bernama Fabio Asher asal Indonesia.

Lagu ciptaan Fabio dan Trakast tersebut kini semakin menderu laju dalam carta lagu popular Nusantara.

Merupakan single kedua Fabio selepas peluncuran single perdana, Bertahan Terluka, Rumah Singgah terus menguatkan langkah penyanyi itu sebagai satu lagu prospek vokalis dan komposer hebat negara seberang.

Lirik indah, ‘deep’

Sejujurnya, perdana kali mendengar Rumah Singgah, jiwa dengan mudahnya terpaut. Terpaut dengan keindahan komposisi muzik dan tulisan lirik yang diadun dalam lagu berkenaan.

“Yang terjadi kini ku hanya rumah persinggahanmu di saat kau terluka.” Itu antara bait lirik dalam lagu yang senang berkait dengan sesiapa mendengar terutama yang berada dalam dilema sebuah destinasi perhubungan.

Rumah Singgah memberi signifikasi mahupun perlambangan bahawa jangan mudah membenarkan hati yang masih ragu kerana terkadang, kehadiran kita barangkali tidak dihargai sebenar-benarnya oleh orang yang diharapkan.

Fabio dan rakan komposernya berjaya menzahirkan sebuah karya yang bukan hanya enak didengar dari segi penulisan, namun pada masa sama, punya maksud mendalam yang membekas dalam sanubari.

Dalam bahasa mudah, karya yang dilahirkan sangat ‘deep’ (mendalam) dan itu adalah satu aspek sebuah kerja seni yang bagus.

Komposisi muzik, vokal

Dari segi komposisi muzik, Rumah Singgah berdiri sebagai sebuah karya cemerlang. Semestinya kerja-kerja muzik dijayakan serba-serbi bagus dan disebabkan itu, karya jadi mudah melekat di halwa telinga pendengar.

Dari aspek instrumental atau vokal, ternyata kehebatan Fabio tidak hanya terhenti di pentas X Factor Indonesia. Biarpun perjalanannya dalam program realiti berkenaan tidak panjang, rezeki berputik dengan megah di luar.

Baru memiliki dua single, Fabio sudah mampu menarik nafas lega kerana kedua-dua lagu rakamannya menjadi hit dalam kalangan pendengar. Pertama, Bertahan Terluka dan sekarang, Rumah Singgah.

Sungguh, gelanggang ‘sebenar’ seorang peserta program realiti adalah apabila tamat program yang disertai. Seperkara lagi, tidak semua penyanyi yang vokalnya tinggi melangit akan mendapat rezeki yang luas apabila masuk dalam industri. Sebagai teladan positif, Fabio Asher ialah orangnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI