fbpx

Malaysia berpeluang anjur Piala Asia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WINDSOR mendedahkan AFC giat mengenal pasti calon negara sesuai bagi menggantikan China sebagai tuan rumah Piala Asia 2023.

MALAYSIA berpeluang untuk kembali mendapat perhatian bola sepak Asia apabila Konfe­derasi Bola Sepak Asia (AFC) kini berada di fasa akhir untuk me­ngenal pasti calon negara sesuai bagi menggantikan China sebagai tuan rumah Piala Asia 2023.

Ketika ini, AFC sedang melengkapkan segala hal berkaitan dokumentasi akhir sebelum dijangka dihantar kepada kesemua ahli gabungan minggu depan.

Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor Paul John berkata, mengikut proses biasa, Malaysia masih berpeluang untuk menjadi tuan rumah, namun setiap bidaan akan dinilai daripada pelbagai aspek sebelum dibawa kepada Ahli Jawatankuasa badan induk itu untuk membuat keputusan.

“Sekarang kita dalam proses untuk memuktamadkan dokumen, mungkin minggu depan kita akan hantar kepada ahli gabungan untuk melihat siapa yang mahu bida jadi tuan rumah. Mereka (ahli gabungan berminat) diberi masa kira-kira sebulan.

“Siapa yang mahu jadi tuan rumah, kena berikan jaminan semua benda, kerana ia begitu penting untuk kami tentukan sama ada mereka dapat penuhi jaminan itu atau tidak,” katanya.

Sebelum ini, AFC mengesahkan yang Persatuan Bola Sepak China (CFA) menarik diri daripada menjadi tuan rumah Piala Asia 2023 yang dijadualkan berlangsung pada Jun tahun depan susulan peningkatan kes mendadak pandemik Covid-19.

Sebagai rekod, China yang telah dilantik menjadi penganjur pada 2019 dengan menawarkan 10 bandar utama untuk menjadi venue perlawanan kepada semua 24 pasukan yang bertanding.

Kali terakhir Malaysia menjadi hos adalah pada edisi 2007 ketika muncul tuan rumah bersama dengan tiga lagi negara Asia Tenggara, Thailand, Indonesia dan Vietnam.

“Piala Dunia diadakan di be­nua Asia tanpa ada sekatan, jadi kami jangka Piala Asia juga tidak ada sekatan. Itu jaminan pen­ting untuk kami kerana kelayakan juga dilangsungkan tanpa sekatan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI