fbpx

Lelaki marah pelanggan biar meja bersepah selepas makan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar ciapan seorang individu yang kesal dengan sikap individu tidak bertanggungjawab

PETALING JAYA – Seorang individu yang berang melihat sikap tidak endah segelintir masyarakat yang suka membiarkan meja bersepah di restoran selepas makan mendapat perhatian ramai di laman Twitter.

Lelaki tersebut mempertikaikan tahap mentaliti rakyat Malaysia yang berada di kelas ketiga kerana budaya yang ditonjolkan dianggap tidak bertanggungjawab.

Apa yang menarik perhatian ramai apabila orang ramai turut memberi pandangan masing-masing di ruangan komen.

“Saya tak sokong siapa-siapa. Tapi betul la kalau tak mahu buang sekurang-kurangnya makan biar elok sikit jangan sampai meja dibiarkan bersepah,” komen seorang pengguna.

“Konsep makanan segera kan layan diri. Macam mana awak pergi ambil makanan awak, macam itu la awak kena kemas balik,” kata pengguna lain.

“Tak salah pun kalau tak kemas balik. Pada pendapat saya, siapa yang kemas balik selepas makan menunjukkan keperibadian masing-masing,” tulis Pendakwah.

Sementara itu, salah seorang pengguna yang merupakan pekerja di sektor makanan dan minuman juga berbesar hati jika pelanggan meletakkan sisa makanan di satu tempat.

Malah, dia juga mengakui mengemas meja merupakan antara skop pekerjaan bagi seorang pekerja yang berada di sektor makanan dan minuman. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN