fbpx

Konate sudah bersedia sempurnakan mimpi indah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KONATE mengakui tidak pernah terfikir untuk menyertai Liverpool serta mampu beraksi di pentas final UCL. – AFP

PARIS – Selain beberapa pemain yang pernah dihimpit kecewa pada edisi 2018, final Liga Juara-Juara bertemu Real Madrid di Stade de France kali ini juga beri makna cukup besar buat pertahanan Liverpool Ibrahima Konate.

Mengimbau semula perjalanan hidupnya di kota Paris, Konate yang pernah melalui zaman bola sepak jalanan di bandar raya itu dengan bola yang dimainkan hanya diperbuat daripada kertas serta pelekat.

“Saya masih ingat, enam tahun lalu saya sertai Sochaux dan kami ke Stade de France untuk menonton final pertandingan Bawah 19 tahun. Ia sesuatu yang cukup hebat untuk menonton bola sepak dari tempat duduk stadium itu.

“Itu adalah kali pertama saya berada di sana dan sekarang saya akan berada atas padang, bermain untuk aksi final Liga Juara-Juara. Ia menjadi detik terbaik dalam hidup saya dan pastinya saya tidak boleh mengimpikan sesuatu yang lebih daripada itu.

“Saya tidak pernah memba­yangkan situasi ini dan sekarang saya tahu saya akan ke venue ini bersama kelab besar yang mahukan kejayaan. Hari ini, saya cukup bertuah untuk berada di tahap sekarang, namun ia bukan pengakhiran.

“Saya harap ia menjadi sumber inspirasi kepada golongan muda dan buat mereka yang bermain di jalanan serta membuktikan segalanya bukan sesuatu yang mustahil untuk direalisasikan,” katanya.

Menceritakan tentang perjalanan hebat Liverpool musim ini, Konate seakan masih belum percaya yang namanya kini berada dalam senarai pasukan besar kerana ia sesuatu yang tidak pernah difikirkannya ketika zaman kanak-kanak.

“Ketika berusia 14 tahun, saya tidak pernah terfikir akan berada dalam pasukan besar dan jika ada orang bertanyakan kepada saya tentang kemungkinan akan sertai Liverpool, pasti saya akan katakan tidak.

“Tetapi, musim ini kami lalui dengan cukup hebat dan saya fikir ia menjadi musim penuh sejarah buat kelab ini,” jelasnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI