fbpx

[KEMASKINI] Kilang tilam terbakar: Penduduk beritahu banyak bunyi letupan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba berusaha memadamkan kebarakan sebuah kilang tilam di Jalan Jelebu, Seremban malam ini.- FOTO: MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN.

SEREMBAN – Beberapa orang penduduk di Kampung Batu 4, Jalan Jelebu dekat sini sempat melarikan diri susulan sebuah kilang tilam yang terbakar yang terletak berdekatan rumah mereka petang tadi.

Penduduk, Rusilawati Mohd. Deli, 52 berkata, ketika kejadian dia berada di Mantin dan dimaklumkan oleh suaminya berkenaan ada kebakaran kilang yang terletak di sebelah rumah.

“Apabila sampai di rumah saya dapati asap tinggi dan bau sangat kuat. Terdapat juga kedengaran letupan, bimbang berlaku perkara lebih buruk saya dan suami minta anak dan ahli keluarga lain keluar dan menyelamatkan diri,” katanya ketika ditemui pemberita malam ini.

Sementara itu, seorang lagi penduduk, Maslina Ahmad, 43, berkata, sewaktu kejadian dia sedang membuang sampah dan kelihatan asap hitam di atas rumahnya kira-kira pukul 6.30 petang tadi.

“Kemudian saya mendapati ada kilang bersebelahan rumah yang terbakar. Saya berlari mendapatkan ahli keluarga dan mengambil barang penting. Saya juga mendengar bunyi meletup berkali-kali,” katanya.

Difahamkan, seramai 17 buah keluarga tinggal berdekatan dengan kilang berkenaan. Sehingga pukul 8.30 malam, api masih marak dan pihak bomba masih berusaha memadamkan kebakaran. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI