fbpx

‘Kalau saya jadi cicak, awak sayang saya tak’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA – Gara-gara sudah lama hidup membujang, seorang lelaki yang dikenali sebagai Kasyeh berseloroh di media sosial kerana dia berasa sunyi hidup tanpa teman istimewa.

“Bosanlah single tapi kalau ada pasangan, hari-hari kena jawab soalan ‘tadi makan nasi lauk apa’,” ciap seorang lelaki di Twitter dengan nada bergurau.

Pengguna tersebut pada awalnya hanya sekadar bergurau namun ciapannya telah menjadi perhatian netizen di media sosial.

Sementara itu, rata-rata pengguna turut terhibur dengan luahan lelaki berkenaan sehingga meninggalkan pelbagai reaksi di ruangan komen.

“Itu tak apa lagi. Ini kalau dapat soalan “kalau saya jadi cicak, awak sayang saya lagi tak?” komen Adwin.

“Kalau dah kahwin hari-hari kena menjawab soalan macam ini,” luah pengguna lain.

“Orang kalau sudah sayang, kau tanya soalan apa pun dia tetap akan jawab,” kata seorang lagi pengguna. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI