fbpx

Kakitangan MBSA maut sewaktu selam skuba di Pulau Tenggol

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemeriksaan mendapati Puspasari telah meninggal dunia setelah dibawa naik ke dalam bot di perairan Pulau Tenggol, Dungun hari ini.

DUNGUN – Keterujaan seorang kakitangan Majlis Perbandaran Shah Alam (MBSA), Selangor, bersama dua rakannya melakukan aktiviti selam skuba bertukar tragedi apabila dia maut akibat lemas ketika menyelam di perairan Pulau Tenggol dekat sini hari ini.

Mangsa, Puspasari Aminuddin, 37, ditemukan terapung di permukaan laut oleh pemandu bot yang membawa rombongan tersebut pada pukul 9.40 pagi.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah berkata, sebelum kejadian, wanita itu bersama dua rakannya yang tiba di pulau peranginan itu semalam menaiki bot berkenaan untuk melakukan aktiviti selaman skuba di perairan Tokong Timor pada pukul 9.25 pagi.

“Mangsa yang telah turun menyelam tiba-tiba didapati terapung di permukaan laut pada kira-kira 15 minit kemudian.

“Tubuh mangsa kemudiannya dibawa naik ke bot sebelum pemeriksaan oleh pemandu bot berusia 38 tahun mendapati mangsa sudah tidak bernyawa,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Baharudin berkata, insiden melibatkan Puspasari kemudiannya dimaklumkan kepada pihak berkuasa sebelum mayat wanita itu dibawa ke daratan menerusi Jeti Akim, Seberang Pintasan di sini.

Tambah beliau, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun di sini untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI