fbpx

Indonesia sediakan bas antisesat buat jemaah haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Bus khas yang digelar anti-sesat ini dilengkapi pelekat bertulis Indonesia dan gambar bendera republik itu dalam saiz yang besar serta mudah dicam oleh jemaah. - Antara

JAKARTA – Indonesia bakal memperkenalkan bas selawat iaitu kenderaan khas untuk memenuhi keperluan jemaah Indonesia di Arab Saudi pada musim haji tahun ini, lapor laman berita Suara.com kelmarin.

Bas selawat yang disediakan untuk pengangkutan jemaah haji Indonesia di Mekah ini dilengkapi pelekat dan kad penanda bas supaya jemaah tidak tersesat dan tidak tersalah kenderaan.

Bas yang digelar antisesat itu  akan berkhidmat sebagai pengangkutan rasmi jemaah haji tanpa henti selama 24 jam dari hotel penginapan ke Masjidil Haram.

Bas-bas tersebut akan dilengkapi pelekat untuk menandakan laluan dan sektor perkhidmatan.

Terdapat lima sektor yang bakal diduduki oleh jemaah haji Indonesia iaitu Mahbas Jin, Syisyah, Raudah, Jarwal dan Misfalah.

Jemaah haji daripada 13 penerbangan akan ditempatkan di setiap sektor ini.

Pelekat akan dilekatkan pada setiap bas, manakala kad diberikan kepada setiap jemaah.

“Bas selawat itu akan dilengkapi pelekat dengan warna, nombor dan tulisan mengikut nombor penerbangan masing-masing.

“Bagi mereka yang tidak boleh membaca, mereka boleh ditanda dengan nombor atau warna. Kami telah mengkaji dengan teliti perkara ini,” kata Pengarah Perkhidmatan Haji Luar Kementerian Agama,  Subhan Cholid.

Bas itu  akan berhenti beroperasi pada waktu puncak haji iaitu Armuzna/Masyair pada 5 hingg 12 Julai kerana akan digunakan untuk mengangkut jemaah haji ke Arafah, Muzdalifah dan Mina.

Selepas lapan hari tersebut, bas tersebut akan kembali menyediakan perkhidmatan 24 jam dari 13 Julai hingga 4 Ogos. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI