fbpx

Dakwaan dadah terhadap anak Shah Rukh Khan digugurkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ARYAN Khan telah ditangkap dalam kes dadah dan menghabiskan selama hampir tiga minggu di penjara pada 2021. – Saudi Gazette

NEW DELHI – Agensi antidadah India menggugurkan pertuduhan terhadap anak lelaki aktor terkenal Bollywood, Shah Rukh Khan berhubung kes dadah, lapor akhbar Saudi Gazette semalam.

Aryan Khan, 24, ditahan pada Oktober tahun lalu kerana didakwa menggunakan dadah semasa menghadiri sebuah parti.

Biro Kawalan Narkotik (NCB) mendakwanya di bawah undang-undang berkaitan pemilikan, penggunaan dan penjualan bahan terlarang.

Bagaimanapun, NCB semalam menggugurkan pertuduhan kes dengan menyatakan, tiada dadah ditemui pada Aryan.

Kertas pertuduhan yang difailkan di mahkamah oleh agensi itu menamakan 14 tertuduh dalam kes berkaitan tetapi menggugurkan enam yang lain termasuk Aryan kerana kekurangan bukti.

Pegawai dan anggota NCB menyerbu sebuah kapal persiaran pada 2 Oktober tahun lalu setelah dimaklumkan bahawa terdapat dadah di dalamnya.

Aryan telah diperiksa dan disoal siasat sebelum dia menaiki kapal itu dan akhirnya ditahan oleh NCB.

Dia adalah antara beberapa orang yang ditangkap dalam kes itu dan menghabiskan masa selama hampir tiga minggu di dalam penjara sebelum dibebaskan dengan ikat jamin.

Kes itu mendominasi tajuk utama dan perbualan di media sosial India kerana NCB mendakwa Aryan Khan adalah penagih dadah dan juga membekalkan dadah yang diseludup. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI