SEREMBAN – Seorang anggota Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) cedera di bahagian muka dan tangan ketika memadamkan kebakaran sebuah kilang tilam di Jalan Jelebu disini malam ini.
Penolong Pengarah Operasi, JBPM negeri, Zamhuri Zainnordin memaklumkan, anggota tersebut bagaimanapun telah dihantar ke Hospital Tuanku Ja’afar di sini untuk rawatan lanjut.
“Anggota EMRS berkenaan dipercayai cedera di muka dan tangan ketika menjalankan operasi pemadaman,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Menurut Zamhuri, kerja-kerja pemadaman kebakaran tersebut masih dilakukan oleh pihak bomba. – KOSMO! ONLINE