fbpx

Segmen CEC pacu prestasi kewangan WZ Satu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Keuntungan bersih WZ Satu Berhad (WZ Satu)  bagi suku pertama berakhir 31 Mac 2022 meningkat 94.1  peratus kepada RM2.11 juta berbanding RM1.09 juta pada suku yang sama sebelumnya.

Pengerusi Eksekutif dan Presiden WZ Satu, Tan Sri Mohamad Norza Zakaria berkata, keuntungan yang lebih baik itu didorong terutamanya oleh prestasi yang lebih kukuh daripada segmen kejuruteraan awam dan pembinaan (CEC).

Ini dicapai walaupun pendapatan WZ Satu berkurangan kepada RM45.71 juta, daripada RM68.05 juta pada suku yang sama tahun sebelumnya.

Hasil yang lebih susut itu disebabkan oleh jualan yang lebih rendah dalam segmen minyak dan gas, CEC dan pembuatan.

“Kami akan  meneruskan usaha pengoptimuman kos bagi meningkatkan kecekapan operasi dan untuk menyelaraskan struktur kos selaras dengan tahap operasi dan mengekalkan produktiviti

“Kami secara aktif membuat tender untuk projek kerana kami berhasrat untuk menambah buku pesanan kami dan meningkatkan keuntungan secara mampan untuk pemegang saham,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam.

Pada 31 Mac 2022, tunai dan baki bank syarikat berjumlah RM87.11 juta, mengukuh daripada RM34.40 juta yang dicatatkan setahun lalu.

Memandang ke hadapan, WZ Satu mempunyai buku pesanan berjumlah RM539 juta yang akan menjadikan Kumpulan itu sibuk dalam tahun kewangan terdekat. -KOSMO! ONLINE

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI