fbpx

Rumah berhantu pencetus inspirasi The Conjuring dijual RM6.57 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR menunjukkan rumah berhantu itu yang terletak di Rhode Island, Amerika Syarikat. - Kris Craig/The Providence Journal/USA Today Network

WASHINGTON – Sebuah rumah di Rhode Island, Amerika Syarikat (AS) yang menjadi ilham kepada filem seram, The Conjuring berjaya dijual pada harga kira-kira AS$1.5 juta (RM6.57 juta), lapor laman berita India Today semalam.

Hartanah yang dibina pada tahun 1726 itu dianggap antara rumah yang paling berhantu di AS.

Menurut akhbar Wall Street Journal (WSJ), Andrea Perron berkata, keluarganya mengalami beberapa kejadian menyeramkan ketika tinggal di rumah itu dari tahun 1971 hingga 1980.

Keluarga Perron menyaksikan kejadian termasuk ibunya yang sudah tua terapung di udara selain dia sendiri pernah ditampar entiti tidak dikenali. 

Selepas mengetahui mengenai kejadian luar biasa di rumah itu, penyiasat paranormal popular, Ed dan Lorraine Warren menawarkan diri untuk membantu keluarga itu.

Pasangan penyiasat paranormal lain, Jenn dan Cory Heinzen kemudian membeli rumah itu dengan harga AS$439,000 (RM1.9 juta) pada 2019. Mereka menyenaraikan penjualan rumah itu pada September tahun lalu.

Rumah itu kini dimiliki oleh seorang pemaju hartanah, Jacqueline Nunez.

“Saya percaya rumah itu memilih Nunez dengan cara yang sama ia memilih kami. Ia mahukan cahayanya,” kata Andrea Perron.

Pasangan itu telah mengumumkan penjualan rumah itu di laman Facebook. Mereka memaklumkan telah menerima 10 tawaran setelah menawarkan penjualan rumah berkenaan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI