fbpx

Proton Saga, sedan terlaris 2021 di Kenya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Perkongsian di laman Facebook Proton Kenya hari ini.

PETALING JAYA – Model Saga keluaran syarikat permotoran negara, Proton dianugerahkan model terlaris 2021 di pasaran Kenya.

Menurut laman sosial Proton Kenya, Proton Saga diiktiraf sebagai model kereta sedan paling laris di pasaran negara berkenaan untuk tahun lepas.

Sebagai rekod, Proton mula bertapak di Kenya pada 2020, Simba Corpotion merupakan pemegang francais jenama Proton di pasaran di negara tersebut.

Saga ditawarkan dalam tiga pilihan varian di Kenya terdiri daripada varian Standard MT, Standard AT dan Premium AT.

Jelas laman sosial tersebut juga, kadar bayaran ansuran bulanan Saga adalah serendah KSh. 29,400 (RM1,112) sebulan. Proton turut menawarkan jaminan selama 5 tahun atau 150,000km untuk model Saga di Kenya.

Selain Saga, Proton Kenya turut menawarkan dua lagi model iaitu Persona dan X70.

Pada November tahun lalu, Proton Kenta memaklumkan X70 dipilih sebagai kenderaan rasmi agensi keselamatan negara itu. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI