fbpx

Penumpang maut, pemandu Myvi parah kemalangan dengan lori

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa disahkan meninggal dunia di Lebuh Raya Karak awal petang tadi.

GOMBAK – Seorang penumpang maut manakala pemandu cedera parah apabila kereta yang dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Kilometer 36.2 Lebuh Raya Karak, di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 1.50 petang.

“Hasil siasatan awal mendapati berlaku kemalangan melibatkan sebuah lori dan kereta jenis Perodua Myvi.

“Mangsa wanita yang merupakan warga Indonesia didapati tersepit di tempat duduk penumpang dan usaha mengeluarkan mangsa sedang giat dijalankan bomba,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, wanita terbabit disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu Myvi berusia 60 tahun mengalami kecederaan parah.

Tambahnya, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik, Hospital Selayang untuk tujuan bedah siasat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI