fbpx

Penjual pakaian mengaku tidak bersalah tipu RM900,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ooi Yee Ling (kanan) diiringi anggota polis selepas prosiding berkaitan pertuduhan menipu wang berjumlah RM900,000 di Mahkamah Majistret Ipoh hari ini.

IPOH – Seorang peniaga pakaian mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menipu berkaitan pembayaran semula wang berjumlah RM900,000 bagi kerja-kerja menanam cerucuk (piling) dua tahun lalu.

Tertuduh, Ooi Yee Ling, 46, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Noor Azreen Liana Mohd. Darus.

Dia didakwa memperdayakan Wong Kam Poh, 71, bahawa tertuduh akan menyerahkan semula wang pembayaran kerja-kerja piling bernilai RM1.5 juta kepada mangsa.

Oleh itu, tertuduh dengan curangnya telah mendorong mangsa memasukkan wang berjumlah RM900,000 ke dalam akaun bank syarikat milik tertuduh yang mana dia tidak akan berbuat demikian sekiranya tidak diperdayakan.

Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu di Jalan Sultan Nazrin Shah, Gunung Rapat di sini pada 10 hingga 27 Oktober 2020.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dengan sebat dan boleh juga dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Sufi Aiman Azmi, manakala tertuduh diwakili peguam Kenzaly Goik.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 selain perlu menyerahkan pasportnya kepada mahkamah dan melapor diri ke balai polis berhampiran pada setiap 15 hari bulan.

Kes disebut semula pada 25 Julai depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI