fbpx

Peluang semak arah tepat kiblat petang esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar infografik daripada laman sosial Planetarium Negara mengenai peristiwa Istiwa A’dzam pada petang esok.

PUTRAJAYA – Umat Islam di Malaysia boleh membuat semakan tepat arah kiblat dengan hanya melihat bayang-bayang tegak sinaran matahari pada pukul 5.18 petang esok.

Ia susulan fenomena dikenali sebagai Istiwa’ A’dzam atau kedudukan matahari berada pada titik zenith iaitu atas Kaabah di Mekah, Arab Saudi ketika waktu berkenaan.

Bagaimanapun menurut hantaran infografik Planetarium Negara menerusi laman sosialnya, peristiwa alamiah itu dijangka berlaku lewat dua minit, tidak seperti tahun-tahun sebelumnya.

Secara kelaziman ia akan terjadi pada pukul 5.16 petang waktu Malaysia atau 12.16 tengah hari waktu Arab Saudi, namun kali ini kejadian tersebut diunjurkan lewat selama dua minit.

Peristiwa bersejarah itu kelazimannya berlaku dua kali setahun dan jika terlepas, umat Islam masih ada lagi peluang membuat semakan jitu kiblat pada pukul 5.28 petang 16 Julai depan.

Proses penyemakan arah itu boleh dilaksanakan dengan menegakkan objek yang lurus di kawasan lapang ada menerima cahaya matahari dan kemudian perhatikan pula bayangnya.

Garisan daripada bayang matahari tersebut, akan terus menunjukkan ke arah Kaabah dan seterusnya boleh ditandakan sebagai panduan rujukan khususnya untuk tujuan ibadah solat.

Fenomena itu bagaimanapun hanya bersesuaian diguna pakai untuk mana-mana kawasan di dunia yang secara kebetulan masih berada dalam bahagian waktu siang antaranya ialah Malaysia.

Kaedah Istiwa’ A’dzam dianggap antara cara alamiah paling berkesan untuk penentuan arah kiblat dan sering digunakan umat Islam sejak lebih 1,400 tahun lalu sebelum kompas dicipta.

Untuk tahun lompat yang bulan Februari ada 29 hari dan berulang setiap empat tahun, seperti 2020, fenomena tersebut berlaku pada 27 Mei pukul 5.16 petang dan 15 Julai pukul 5.28 petang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI