fbpx

Pelan Antirasuah Nasional mungkin lewat namun tetap diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Majlis pelancaran Pelan AntiRasuah Nasional (NACP) 2019-2023 pada 29 Januari 2019. - Gambar Hiasan

PUTRAJAYA – Beberapa inisiatif disasarkan berkemungkinan besar akan melewati tempoh disiapkan tahun 2023 kerana kesukaran yang melibatkan pindaan Perlembagaan Persekutuan, pindaan perundangan semasa serta pewujudan perundangan baharu.

Pusat Governans Integriti dan Anti-Rasuah Nasional (GIACC) Jabatan Perdana Menteri dalam satu kenyataan memaklumkan terdapat kemajuan terkini pelaksanaan Pelan Antirasuah Nasional (NACP) sehingga 31 Disember 2021 seperti yang dimaklumkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) Siri 15 pada 19 Mei lalu.

Katanya, GIACC telah mula mengumpul data dan input berkaitan bagi pembangunan NACP pasca 2023 agar pembaharuan dalam aspek governans, integriti dan antirasuah dilaksanakan secara berterusan dan sesuai dengan perubahan semasa.

“Terdapat 37 inisiatif NACP telah selesai disiapkan pada tahun 2021 manakala 74 inisiatif masih dalam tindakan Ketua Agensi Peneraju untuk disiapkan pada tahun 2022 dan 2023.

“Bagi 74 inisiatif yang masih dalam tindakan adalah melibatkan 30 inisiatif yang ditetapkan untuk selesai disiapkan sehingga Disember 2022 dan 44 inisiatif yang ditetapkan untuk selesai disiapkan sehingga Disember 2023,” katanya, hari ini.

Kenyataan itu menyebut, dalam mesyuarat itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyatakan bahawa kerajaan sentiasa memberi komitment untuk menambah baik tadbir urus dan memantapkan nilai integriti dalam usaha memecah rantaian rasuah di negara ini.

Katanya, komitmen kerajaan itu dizahirkan melalui Pelan Antirasuah Nasional 2019-2023 yang diperkenalkan pada tahun 2019.

“Malah, mesyuarat JKKMAR mengambil maklum akan gerak kerja dan kemajuan berkaitan pelaksanaan NACP 2019-2023 dalam memastikan penambahbaikan aspek governans, integriti dan antirasuah dapat dilaksanakan secara berterusan bagi mencapai hasrat negara yang bebas rasuah dan berintegriti.

“Pihak GIACC akan terus memantau pelaksanaan inisiatif NACP yang dilaksanakan 27 Ketua Agensi Peneraju dan akan melapor kemajuannya di mesyuarat JKKMAR,” katanya.

Tambah kenyataan itu, publisiti dan promosi bagi inisiatif NACP di bawah seliaan Ketua Agensi Peneraju perlu lebih giat dilaksanakan bagi memastikan maklumat yang tepat dapat disalurkan kepada rakyat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI