fbpx

Panik Malaysia henti eksport ayam, rakyat Singapura jual hidangan KFC RM3.8 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara hidangan ayam yang disenaraikan sebagai item terhad dan jarang didapati di laman jual beli barangan terpakai, Carousell. - Coconuts

SINGAPURA – Singapura menjadi bahan ketawa media sosial apabila rakyatnya bertindak menjual makanan berasaskan ayam seperti ayam goreng dan nuget di platform jual beli barangan terpakai, Carousell, antaranya pada  harga mencecah S$1.2 juta (RM3.8 juta), lapor portal Coconuts.

‘Kegilaan’ itu susulan pengumuman Malaysia yang akan menghentikan eksport ayam segar bagi memastikan bekalan domestik terjamin.

“Disebabkan permintaan yang meningkat dan bekalan rendah, ini adalah peluang terakhir anda untuk menikmati hidangan ayam sebelum ia pupus untuk generasi akan datang,” tulis ikalna dalam akaun @Nuclearbeast.

Tawaran berharga  RM3.8 juta itu dibuat oleh seorang pengguna media sosial yang menyenaraikan ayam goreng Kentucky Fried Chicken (KFC) sebagai barang ‘terhad’ dan sangat jarang didapati. 

Satu lagi hidangan iaitu ayam popcorn sejuk beku edisi terhad turut tersenarai pada harga lebih S$60,000 (RM1.9 juta).

Senarai itu diteruskan dengan penyenaraian sepinggan nasi ayam Hainan berharga lebih S$1,000 (RM3,195), sepinggan ayam goreng pada harga S$20,000 (RM63,916) dan juga sekotak McNuggets berisi empat ketul nuget yang memiliki harga S$500 (RM1.597).

Menteri Negara bagi Kelestarian dan Alam Sekitar Singapura,  Desmond Tan bagaimanapun telah memberi jaminan bahawa terdapat bekalan mencukupi untuk semua orang dan tidak perlu melakukan sebarang pembelian panik.

Beliau berkata, rangkaian pasar raya NTUC mempunyai stok ayam selama berbulan-bulan dan lebih banyak lagi akan diterima dalam masa terdekat.

Singapura mengimport kira-kira 34 peratus  bekalan ayamnya dari Malaysia dan mendapatkan yang lain dari Thailand, Australia, New Zealand, Brazil dan Amerika Syarikat. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI