fbpx

NSL medan lahir skuad bola jaring kebangsaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SAINGAN Sooka NSL 2022 yang membuka tirai Jumaat ini dijangka lebih meriah dan hangat dengan kehadiran personaliti wanita Astro dan bekas atlet yang mengupas serta menganalisa setiap perlawanan.

PRESIDEN Persatuan Bola Ja­ring Malaysia (PBJM), Alwiyah Talib menganggap edisi kedua Netball Super League (NSL) sebagai platform terbaik pemilihan pemain menghadapi dua kejohanan penting tahun ini.

Alwiyah percaya saingan NSL selama empat minggu di Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur dari 3 hingga 26 Jun ini akan mengetengahkan lebih ramai bakat baharu buat pasukan kebangsaan.

“Selain penglibatan tonggak kebangsaan, kehadiran pemain-pemain muda yang berbakat dan lebih bertenaga pasti memberi impak kepada setiap pasukan nanti.

“Malah, terdapat juga pasukan yang akan menggunakan khidmat pemain import dari dalam negeri dan luar negara, sekali gus menghangatkan lagi kejohanan.

“Ia akan menjadi medan terbaik pemilihan pemain serta pemanas badan bagi menghadapi Kejohanan Bola Jaring Asia pada September nanti sebelum kela­yakan untuk menyertai Kejohanan Bola Jaring Dunia tahun depan,” katanya.

Dalam masa sama, Alwiyah turut meluahkan keyakinan saingan NSL akan menjadi lebih rancak berbanding edisi sulung musim lalu disebabkan sorakan dan sokongan padu kehadiran penonton di Stadium Juara nanti.

“Tiket akan dikenakan dengan harga minimum kepada penonton yang ingin hadir menyaksikan perlawanan.

“Peminat pasti tidak akan ke­tinggalan menyaksikan perebutan takhta musim ini dengan aksi lebih mencabar berikutan pertukaran format baharu round robin (liga sepusingan) untuk saingan kali ini,” jelasnya.

Sebagai rekod, NSL yang dilancarkan secara rasmi kelmarin menyaksikan lapan pasukan bertanding iaitu juara bertahan, KL Wildcats, Johor Jewels, Selangor Angels, Perak Phoenix, Kedah Sunshine, Negeri Sembilan Ve­nom, Pahang Tulips dan Melaka Mystic.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI