fbpx

Ibu muda tertidur di kelas penat berjaga malam untuk anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video seorang wanita yang berkongsi pengalamannya menjaga anak kecilnya dan pada masa sama masih bergelar seorang pelajar.

PETALING JAYA – Perkahwinan di usia muda tidak lagi asing dalam kalangan masyarakat dunia dan mereka juga menggalas tanggungjawab seorang ibu bapa ketika masih bergelar pelajar sekolah.

Baru-baru ini, menjadi tarikan pengguna media sosial apabila seorang pelajar yang juga bergelar seorang ibu berkongsi kisahnya sehingga tertidur di dalam kelas kerana penat menjaga anaknya berusia tiga bulan sehingga lewat malam.

Menerusi video yang dimuat naik @learissaa itu, dia sempat berkongsi gambar pada waktu malam yang mana dia perlu menahan rasa mengantuk walaupun keesokan pagi harus ke sekolah sebagai seorang pelajar demi menjaga bayi kecilnya.

“Night (malam) di rumah,” tulisnya.

Perkongsiannya itu telah mendapat pelbagai reaksi daripada orang ramai.

Ada pengguna memberi pandangan mereka berhubung pasangan muda ini yang seharusnya memastikan telah selesai belajar dahulu sebelum mengambil keputusan untuk berkahwin.

“Cukupkan ilmu dan tanggungjawab seorang pelajar dahulu, selesai semua, baru kahwin, takut prestasi belajar menurun, kasihan hampakan harapan ibu bapa nak tengok anak cemerlang dalam pelajaran, kalau ke sekolah tidur, mana ilmu nak masuk,” komen Atia Liyana.

Bagaimanapun, ada juga segelintir pengguna memberikan kata-kata semangat kepada wanita tersebut untuk terus cekal menggalas dua tanggungjawab pada satu masa.

“Moga segala urusan awak dipermudahkan, berjaya dalam belajar, belajar jadi ibu yang hebat,” ujar Fatin.

“Yang suri rumah jaga anak pun penat macam naik bukit, tak boleh bayang letih awak lagi-lagi kena pergi sekolah, memang wanita hebat,” puji pengguna lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI