fbpx

Harith tekad perbaiki prestasi bersama skuad B-23 Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HARITH (kiri) mengakui gembira dengan perhatian yang diberikan oleh pemerhati dan peminat bola sepak negara, namun enggan berasa selesa.

Ketika aksinya pada Sukan SEA lalu mendapat perhatian ramai pihak, pemain pertahanan skuad bawah 23 tahun (B-23) negara, Harith Haiqal Adam Afkar enggan terlalu makan pujian, sebaliknya kekal dengan kemahuan untuk perbaiki prestasi semasa.

Di sebalik gembira de­ngan perhatian yang diberikan oleh pemerhati dan peminat bola sepak negara, Harith sedar tanggungjawabnya bersama skuad B-23 negara belum lagi selesa ketika satu lagi misi besar bakal digalas pada Piala Asia B-23 di Uzbekistan bulan depan.

“Saya bersyukur dapat komen-komen yang positif dan terima semua itu dengan hati terbuka. Sebenarnya masih banyak yang perlu saya per­baiki untuk tampil lebih baik lagi.

“Nak cakap saya lebih bagus daripada Afro (Sharul Nazeem Zulpakar) pun saya tidak berani cakap apa-apa. Ini semua me­reka (pemerhati dan penyokong bola sepak tempatan) yang nilai.

“Sedih tidak dapat pingat pada Sukan SEA tetapi sekarang kita ada misi baharu, jadi kami kena lupakan apa yang terjadi dan buka buku baharu. Pada Piala Asia B-23 nanti, saya mahu mara sejauh mungkin dan beri cabaran kepada pasukan hebat lain,” katanya.

Penampilan Harith mendapat pujian hingga ada yang membandingkan kualitinya dengan pertahanan Selangor, Sharul Nazeem yang kini se­ring mendapat peluang bersama skuad senior Merah Kuning.

Sementara itu, Malaysia diundi dalam Kumpulan C bersama gergasi Asia, Korea Selatan, Thailand dan juga Vietnam dengan kedua-dua wakil Asia Tenggara itu pernah menjadi lawan negara di pentas Sukan SEA lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI