fbpx

DRB-HICOM catat keuntungan pra-cukai RM4 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wisma DRB-HICOM, Shah Alam.

PETALING JAYA – DRB-HICOM Berhad (DRB-HICOM) telah mencatat  keuntungan pra-cukai untuk tiga bulan bagi tempoh kewangan 31 Mac 2022 (S12022) sebanyak RM4 juta daripada jumlah perolehan bernilai RM3.07 bilion.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, dalam tempoh sama, perolehan daripada sektor automotif dan pos kedua-duanya merosot tahun ke tahun, masing-masing kepada RM2.07 bilion dan RM306.6 juta. 

“Secara keseluruhan, , perolehan DRB-HICOM susut 12.6 peratus tahun ke tahun berbanding RM3.51 bilion suku yang sama tahun sebelumnya.

Tambah kenyataan tersebut, sektor perbankan dan aeroangkasa serta pertahanan mencatat pertumbuhan perolehan tahun ke tahun yang positif manakala empat sektor lain mencatat perolehan yang rendah.

Gambar hiasan

Bagi sektor automotif, selain daripada kekurangan cip mikro susulan isu rantaian bekalan global, banjir besar yang melumpuhkan Lembah Klang pada pertengahan Disember 2021 turut memberi kesan kepada pengeluar kereta nasional Proton.

“Perolehan sektor ini bagi suku tersebut susut 15.3 peratus kepada RM2.07 bilion berbanding RM2.44 bilion bagi S12021.

“Termasuk data eksport, jualan Proton susut hampir 18.6 peratus tahun ke tahun kepada 26,706 unit (S12021: 32,826 unit), walaupun tiga model paling popularnya, Saga, X50 dan X70 telah mengukuhkan kedudukan mereka dalam segmen masing-masing,” jelasnya. 

Pengeluar kereta lain di bawah naungan Kumpulan juga menghadapi cabaran yang sama. Bagaimanapun, Honda, Mitsubishi, dan Isuzu mencatatkan jualan yang lebih tinggi pada suku semasa berbanding suku sebelumnya. 

Bagi sektor Pos, perolehan susut 24.3 peratus kepada RM306.6 juta berbanding RM404.9 juta tempoh sama tahun sebelumnya disebabkan oleh sumbangan yang lebih rendah daripada perniagaan kurier. 

Di samping itu, sektor perbankan pula merekodkan pencapaian menggalakkan apabila Kumpulan Bank Muamalat Malaysia Berhad mencatat  pertumbuhan perolehan tahun ke tahun.

Pendapatan pembiayaan yang lebih tinggi membantu perolehan bank berkembang 4.5 peratus kepada RM285.0 juta berbanding RM272. 8 juta dalam tempoh yang sama tahun sebelumnya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI