fbpx

Cuaca cerah hampir seluruh negara pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melaporkan kebanyakan kawasan di semenanjung Malaysia adalah cerah serta tiada hujan yang berlaku pada pagi ini.

MetMalaysia dalam laporan cuacanya hari ini berkata, pada masa ini hanya di bahagian Pantai Timur mengalami keadaan cuaca yang agak mendung.

“Sementara itu, amaran angin kencang serta laut bergelora kategori pertama dan juga kedua dikeluarkan melibatkan kawasan perairan Phuket dan juga Selat Melaka Utara.

“Dalam tempoh ini, angin bertiup dengan agak kencang sehingga 40 ke 50 kilometer sejam dan ketinggian ombak juga boleh mencapai 3.5 meter dan keadaan ini adalah berbahaya untuk bot-bot kecil serta sukan dan rekreasi laut,” katanya di sini hari ini.

Amaran itu berkuat kuasa sehingga 2 Jun nanti dan orang ramai dinasihatkan untuk lebih berhati-hati serta elakkan kawasan pantai dan turun ke laut dalam tempoh ini.

“Sementara itu, pada petang nanti dijangkakan hujan beserta ribut petir akan berlaku dalam skala yang agak kecil dalam tempoh satu ke dua jam sahaja di sekitar selatan semenanjung melibatkan negeri Johor dan juga di daerah Rompin, selatan negeri Pahang.

“Bagi negeri-negeri lain di utara, di Pantai Timur, Pantai Barat dijangkakan akan mengalami keadaan cuaca baik, tiada hujan yang akan berlaku,” jelasnya.

Pada ketika ini katanya, di negeri Sabah dan juga Sarawak pula, hujan beserta ribut petir sedang berlaku di Sabah melibatkan bahagian Tawau.

“Bagaimanapun, keadaan lembap itu akan beransur reda tidak lama lagi.

“Manakala di negeri Sarawak pada ketika ini berlaku hujan di satu dua tempat di persisir pantai melibatkan bahagian Mukah yang dijangkakan turut akan beransur reda sebentar lagi,” tambahnya.

Pada lewat petang nanti pula katanya, keadaan lembap dijangkakan akan berlaku di kedua-dua negeri tersebut yang mana hujan berserta ribut petir akan berlaku di sekitar bahagian timur negeri Sabah melibatkan Sandakan dan juga Pedalaman.

“Manakala di bahagian Tawau dan juga Kudat dijangkakan hujan di satu tempat akan berlaku.

“Sementara itu, di negeri Sarawak pula pada petang nanti hujan berserta ribut petir akan berlaku di bahagian tengah dan juga utara yang melibatkan beberapa bahagian di Limbang, Miri, Kapit, Sri Aman, Bintulu, Mukah, Sarikei, Betong serta Sibu,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI